Rolling stock London_Overground

Kereta api London Overground Capitalstar kelas 378 pada Ogos 2009.Tempat duduk ala-ala kereta api London Underground di dalam kereta api kelas 378.Kereta api Kelas 313, dahulunya digunakan dalam perkhidmatan kereta api Silverlink, dan sekarang tidak digunakan lagi dalam perkhidmatan London Overground.

Transport for London telah memperkenalkan penggunaan kereta api rolling stock terbaharu selepas mengambil alih perkhidmatan Silverlink dalam tempoh antara tiga dan lima tahun. Pada tahun 2009, kereta api Capitalstar Kelas 378 baharu yang ditempa oleh Bombardier Transportation telah digunakan dalam perkhidmatan. 24 buah set kereta api tiga gerabak telah diletakkan dalam laluan London Utara[1] manakala dalam tahun 2011 satu lagi gerabak bakal ditambah pada setiapnya apabila projek pemanjangan selesai. Di laluan London Timur, sebanyak 20 buah set telahpun diguna dalam perkhidmatan dan bakal ditambah lagi sebanyak tiga buah set.[27]

Kereta api elektrik Kelas 378 baharu telahpun ditonjolkan di stesen Willesden Junction pada 13 Julai 2009. Ciri-ciri kereta api ini menyerupai ciri-ciri kereta api yang digunakan dalam perkhidmatan London Underground seperti tempat duduk sisi dan tempat penumpang berdiri yang lebih luas supaya dapat memuatkan banyak penumpang pada satu-satu masa. Selain itu juga, kereta api ini dilengkapi dengan pendingin hawa [28][29] Percubaan awal pengendalian gerabak ini dilakukan dan dari masa ke masa digunakan penuh dalam mana-mana perkhidmatan. Kereta api Capitalstar ini secara rasminya mula digunakan pada Julai 2009.[30]

Set kereta api terkini

 Kelas ImejJenis Kelajuan maksimum  Nombor  Bil. gerabak setiap set  Susunan tempat duduk  Perkhidmatan  Tahun pembuatan 
 bsj  km/j 
Kelas 172/0 Turbostarunit tren diesel berganda75120822+2Gospel Oak-Barking2010
Kelas 378/0 Capitalstarunit tren elektrik berganda75120243tempat duduk sisiLondon Utara
Watford DC
London Barat
2008–2010
Kelas 378/1 Capitalstarunit tren elektrik berganda75120204tempat duduk sisiLondon Timur2009–2010
Kelas 378/2 Capitalstar*unit tren elektrik berganda75120104tempat duduk sisiLondon Timur**
London Utara
Watford DC
London Barat
2010–

*Kereta api kelas 378/0 akan dikenali sebagai Kelas 378/2 apabila ditambah sebuah lagi gerabak.
**Perkhidmatan kereta api kelas 378/2 jarang-jarang digunakan dalam perkhidmatan laluan London Timur.

Set kereta api terdahulu

 Kelas ImejJenis Kelajuan maksimum  Nombor  Bil. gerabak setiap set  Perkhidmatan  Tahun dibina  Nota
 bsj  km/j 
Kelas 313/1unit tren elektrik berganda7512083Watford DC1976-1977
(Diperbaiki dan diubahsuai sepanjang 1997-2001)
Set kereta api terakhir ditamatkan penggunaanya pada September 2010. 20 buah set kereta api diserah milik kepada syarikat kereta api Southern untuk digunakan dalam perkhidmatan South Coast. Tiga buah lagi diberikan kepada syarikat First Capital Connect untuk digunakan dalam perkhidmatan subbandar Great Northern.
Kelas 508/3unit tren elektrik berganda7512023Watford DC1979-1980
(Diperbaiki dan diubahsuai dalam 2003)
Ditamatkan penggunaanya pada Mac 2008 dan dipindah milik kepada syarikat Merseyrail.
Kelas 150/1 Sprinterunit tren diesel berganda7512062Gospel Oak-Barking1984-1987Set kereta api terakhir ditamatkan daripada perkhidmatan pada 28 Oktober 2010.

Rujukan

WikiPedia: London_Overground http://www.alwaystouchout.com/project/3 http://www.alwaystouchout.com/project/66 http://londonreconnections.blogspot.com/2009/07/fi... http://www.hemscott.com/news/latest-news/item.do?n... http://www.journeycheck.com/londonoverground http://londonist.com/2009/07/in_pictures_mayor_unv... http://frumin.net/ation/2008/11/what_i_did_last_su... http://web.archive.org/20070704224047/www.london.g... http://web.archive.org/20090122054153/www.london.g... http://web.archive.org/web/20040509165548/http://i...